Friday, January 14, 2011

BiLa sUdAh jaTuH C!nTa

Aku sedar bila tanpa dirimu aku rasakan dunia ini terhenti....
Lambat, kaku dan tidak bernyawa...
Bagaikan otak kuterhenti berfikir...
Apa yg perlu aku lakukan Tanpa kau disisi...
rinduku bagai membungkam ragaku...
Membuat aku terhenti untuk menghela sekalipin...
Jiwa sesak.. dan kosong...
Mendengar suaramu bagai terhenti nafasku...
Untuk ku dengar dan masuk terus kejiwaku...
Agar tidak diganggu...
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir cintamu...
Andai tuhan mendengar rintihanku...
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini...
Agar hanya kau dan aku menikmati bersama...
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja...
Adakah kau rasa...
Terhenti segala-galanya......
BILA SUDAH JATUH CINTA.....

Sunday, October 31, 2010

- BeLajaR mEnC!nta!..-

''Jika kita mencintai seseorang.. Bebaskan lah dia.. Jika Dia kembali kepada kita, maka dia adalah milik kita.. Jika tidak maka Dia tidak akan pernah jadi milik kita''

Bahkan dalam hubungan percintaan,seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendri.. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama sekali kita harus belajar untuk memaafkan dn melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.. Mencintai bererti melepaskan rasa takut,curiga dn ego..

''Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat menpengaruhi.. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku..''

Tuesday, March 2, 2010

- HaRga c!N+A ........ bRaPa Ya..?? -

MAKA bermulalah kisah di sebuah desa... hiduplah seorang gadis dengan wajah yang buruk. Sedemikian buruknya sehingga para pemuda di desa itu menjauhinya. Di desa tersebut ada satu kebiasaan untuk memberi mas kahwin daripada lelaki yang hendak melamar gadis. Dan pasti, si buruk rupa tadi hanya menjadi bahan ketawa dan kutukan para pemuda.

Banyak tidaknya mas kahwin yang diberikan tersebut bergantung kepada kecantikan si gadis. Jadi apabila gadis itu berwajah biasa-biasa saja, maka mas kahwinnya berharga seekor kambing. Kalau lebih cantik lagi, jumlah kambingnya bertambah banyak. Dan yang terbanyak mas kahwinnya sehingga saat itu adalah mas kahwin primadona di desa tersebut, iaitu sebanyak 10 ekor kambing.

Setiap orang memperkatakan tentang 'harga' gadis jelek itu. Mereka berkata, "Ah, dia kan buruk rupa. Siapalah yang nak dengan dia. Jangankan seekor kambing, seekor ayam pun pasti tidak ada yang mahu membayarnya." Dan yang lain berkata, "Jangankan seekor ayam, entah-entah yang nak bagi bangkai ayam pun tidak ada."

Mereka mentertawakan nasib gadis malang yang buruk rupa itu. Gadis itu hanya mendengar gurauan mereka, dan hatinya menjadi sedih dan terluka. Harga dirinya rosak, dan dia sendiri hampir percaya, bahawa tidak akan ada seorang pun yang mahu mengambil dia sebagai isteri.

Sampai suatu saat, tersebar khabar bahawa gadis buruk rupa itu disunting oleh pemuda dari desa seberang. Dan penduduk desa pun bertanya-tanya, pemuda malang manakah yang gila meminang gadis buruk rupa itu?

Mereka berbondong-bondong datang ke rumah orang tua gadis buruk rupa tersebut dan bermaksud menanyakan tentang kebenaran hal tersebut. Dan alangkah terkejutnya mereka, ketika sampai di sana, mereka melihat mas kahwin daripada pemuda itu. Mas kahwinnya berupa lembu!

Tidak pernah ada seorang wanita cantik mana pun yang pernah diberi mas kahwin semahal dan sebegitu itu! Bahkan gadis tercantik di desa itu hanya 'seharga' 10 ekor kambing. Dan mereka lebih terkejut lagi ketika mendapatkan bahawa bukan hanya seekor lembu, tapi ada 10 ekor lembu di kandang berhampiran rumah gadis buruk rupa itu.

10? Ya 10 ekor lembu! Mereka tambah penasaran. Oleh sebab itu, penduduk berbondong-bondong berjalan ke desa seberang untuk melihat bagaimana nasib wanita buruk rupa itu. Berjuta pertanyaan muncul saat itu, "Pemuda itu gila kot? Atau buta barangkali, tak leh nampak ke perempuan tu macam mana? Ah, entah-entah cuma dijadikan pembantu rumah!"

Ketika sampai di rumah pemuda tersebut, mereka melihat bahawa rumah tersebut amatlah mewah. Dindingnya diukir dengan amat indah. Dan mereka semakin yakin bahawa dugaan mereka tentang gadis malang itu akan dijadikan pembantu rumah dan orang suruhan adalah benar.

Ketika mereka mengetuk pintu, seorang pemuda yang amat tampan menyambut mereka. Dia memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah. Mereka bertanya apakah mereka boleh bertemu dengan gadis tersebut. Si pemuda masuk kembali ke dalam rumah, kemudian mempersilakan mereka duduk di ruang tamu.

Seorang wanita muda yang cantik datang menyambut mereka. Rambutnya tertata rapi, tutur katanya halus, dengan ramah dia mempersilakan mereka menjamah makanan dan minuman.

Penduduk bertanya, "Di manakah gerangan gadis yang berasal dari desa seberang? Apakah baik-baik saja? Di manakah dia sekarang?"

Gadis yang cantik tersebut menjawab, "Sayalah orangnya."

Mereka semua terpelongo, ternganga dan tak mampu berkata-kata. Mereka tertanya-tanya, apakah benar semua ini? Apakah mereka tak salah lihat? Gadis itu bukankah jelek sekali, sementara gadis di depan mereka itu amat anggun, amat cantik.

Gadis tersebut berkata, "Saya berasa cantik, ketika saya mengetahui bahawa suami saya menghargai saya dengan jumlah yang amat tinggi. Saya sedar bahawa dia berusaha berkata bahawa saya cantik, bukan seperti apa kata orang, tetapi kerana dia mencintai saya sebesar itu. Sebagai balasannya, saya berusaha memberikan yang terbaik yang pernah saya boleh berikan, kerana saya tahu, suami saya membeli saya dengan harga yang amat mahal. Saya berdandan dengan cantik, saya mengubah penampilan saya, dan berusaha menyenangkan hati suami saya. Dan inilah saya yang sekarang."