Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, August 13, 2008

Kisah Telinga...
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek utk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.
Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam"jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi.
Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".
Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan geli hatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga,nak sangkut kat mana".
Huargh! Huargh! Huargh! Huargh
Ehwan dan 100 ekor ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam dikedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."

Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut.
50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri.

Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya... , ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak.

Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha... , dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha... .."

--siapa yang bodoh nih ?"
NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: "Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!"

Nenek: "Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie..."

Udin: "Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! "(kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: "Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat."

Udin: "Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek."

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin:"Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?"

Nenek:"Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!"

Udin: "Nenek pegang kat mana?"

Nenek: "pagar rumah."

Udin: "$%^&(#....."