Wednesday, September 9, 2009

b!aSa mEnJaD! LuaR b!aSa

“Jangan sesekali mengambil keputusan pada saat sedang emosi. Setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap kepada-NYA. Pembalasan bukan hak kita. Tuhan lebih tahu balasan yang sesuai bagi orang yang menyakiti kita.”

PADA suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik itu.

“Anakku, Tuhan tidak memberikan kepada kerang seperti kita sepasang tangan, sehingga ibu tak mampu menolongmu,” kata si ibu dengan bercucuran air mata. Kemudian menyambung setelah mendengar si anak terus merintih kesakitan, “Ibu tahu ia menyakitkan, anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang dapat kau perbuat.”

Anak kerang menurut saja nasihat ibunya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus.

Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, berkilau dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus atau bakar di restoran.

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yang menjelaskan bahawa penderitaan adalah jalan untuk menjadikan ‘kerang biasa’ menjadi ‘kerang luar biasa.’ Dengan itu, kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah ‘orang biasa’ menjadi ‘orang luar biasa.’

Jadi jika anda sedang menderita hari ini, apa pun sebabnya, bersiap-siaplah untuk menjadi ‘orang luar biasa.’ Insya-Allah….