Sunday, October 31, 2010

- BeLajaR mEnC!nta!..-

''Jika kita mencintai seseorang.. Bebaskan lah dia.. Jika Dia kembali kepada kita, maka dia adalah milik kita.. Jika tidak maka Dia tidak akan pernah jadi milik kita''

Bahkan dalam hubungan percintaan,seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendri.. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama sekali kita harus belajar untuk memaafkan dn melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.. Mencintai bererti melepaskan rasa takut,curiga dn ego..

''Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat menpengaruhi.. Hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku..''

Tuesday, March 2, 2010

- HaRga c!N+A ........ bRaPa Ya..?? -

MAKA bermulalah kisah di sebuah desa... hiduplah seorang gadis dengan wajah yang buruk. Sedemikian buruknya sehingga para pemuda di desa itu menjauhinya. Di desa tersebut ada satu kebiasaan untuk memberi mas kahwin daripada lelaki yang hendak melamar gadis. Dan pasti, si buruk rupa tadi hanya menjadi bahan ketawa dan kutukan para pemuda.

Banyak tidaknya mas kahwin yang diberikan tersebut bergantung kepada kecantikan si gadis. Jadi apabila gadis itu berwajah biasa-biasa saja, maka mas kahwinnya berharga seekor kambing. Kalau lebih cantik lagi, jumlah kambingnya bertambah banyak. Dan yang terbanyak mas kahwinnya sehingga saat itu adalah mas kahwin primadona di desa tersebut, iaitu sebanyak 10 ekor kambing.

Setiap orang memperkatakan tentang 'harga' gadis jelek itu. Mereka berkata, "Ah, dia kan buruk rupa. Siapalah yang nak dengan dia. Jangankan seekor kambing, seekor ayam pun pasti tidak ada yang mahu membayarnya." Dan yang lain berkata, "Jangankan seekor ayam, entah-entah yang nak bagi bangkai ayam pun tidak ada."

Mereka mentertawakan nasib gadis malang yang buruk rupa itu. Gadis itu hanya mendengar gurauan mereka, dan hatinya menjadi sedih dan terluka. Harga dirinya rosak, dan dia sendiri hampir percaya, bahawa tidak akan ada seorang pun yang mahu mengambil dia sebagai isteri.

Sampai suatu saat, tersebar khabar bahawa gadis buruk rupa itu disunting oleh pemuda dari desa seberang. Dan penduduk desa pun bertanya-tanya, pemuda malang manakah yang gila meminang gadis buruk rupa itu?

Mereka berbondong-bondong datang ke rumah orang tua gadis buruk rupa tersebut dan bermaksud menanyakan tentang kebenaran hal tersebut. Dan alangkah terkejutnya mereka, ketika sampai di sana, mereka melihat mas kahwin daripada pemuda itu. Mas kahwinnya berupa lembu!

Tidak pernah ada seorang wanita cantik mana pun yang pernah diberi mas kahwin semahal dan sebegitu itu! Bahkan gadis tercantik di desa itu hanya 'seharga' 10 ekor kambing. Dan mereka lebih terkejut lagi ketika mendapatkan bahawa bukan hanya seekor lembu, tapi ada 10 ekor lembu di kandang berhampiran rumah gadis buruk rupa itu.

10? Ya 10 ekor lembu! Mereka tambah penasaran. Oleh sebab itu, penduduk berbondong-bondong berjalan ke desa seberang untuk melihat bagaimana nasib wanita buruk rupa itu. Berjuta pertanyaan muncul saat itu, "Pemuda itu gila kot? Atau buta barangkali, tak leh nampak ke perempuan tu macam mana? Ah, entah-entah cuma dijadikan pembantu rumah!"

Ketika sampai di rumah pemuda tersebut, mereka melihat bahawa rumah tersebut amatlah mewah. Dindingnya diukir dengan amat indah. Dan mereka semakin yakin bahawa dugaan mereka tentang gadis malang itu akan dijadikan pembantu rumah dan orang suruhan adalah benar.

Ketika mereka mengetuk pintu, seorang pemuda yang amat tampan menyambut mereka. Dia memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah. Mereka bertanya apakah mereka boleh bertemu dengan gadis tersebut. Si pemuda masuk kembali ke dalam rumah, kemudian mempersilakan mereka duduk di ruang tamu.

Seorang wanita muda yang cantik datang menyambut mereka. Rambutnya tertata rapi, tutur katanya halus, dengan ramah dia mempersilakan mereka menjamah makanan dan minuman.

Penduduk bertanya, "Di manakah gerangan gadis yang berasal dari desa seberang? Apakah baik-baik saja? Di manakah dia sekarang?"

Gadis yang cantik tersebut menjawab, "Sayalah orangnya."

Mereka semua terpelongo, ternganga dan tak mampu berkata-kata. Mereka tertanya-tanya, apakah benar semua ini? Apakah mereka tak salah lihat? Gadis itu bukankah jelek sekali, sementara gadis di depan mereka itu amat anggun, amat cantik.

Gadis tersebut berkata, "Saya berasa cantik, ketika saya mengetahui bahawa suami saya menghargai saya dengan jumlah yang amat tinggi. Saya sedar bahawa dia berusaha berkata bahawa saya cantik, bukan seperti apa kata orang, tetapi kerana dia mencintai saya sebesar itu. Sebagai balasannya, saya berusaha memberikan yang terbaik yang pernah saya boleh berikan, kerana saya tahu, suami saya membeli saya dengan harga yang amat mahal. Saya berdandan dengan cantik, saya mengubah penampilan saya, dan berusaha menyenangkan hati suami saya. Dan inilah saya yang sekarang."

Wednesday, February 3, 2010



"Sayang... memang aku sayang kamu teramat sayang..Kamu lakukan apa saja demi aku dan keluarga aku dan serta dapat menerima keadaan aku yang begitu naif tp.......
Cinta...
Cinta itu adalah waktu, sabar dan pengorbanan! Aku boleh mencintai kamu dan aku akan mencintai kamu , tapi aku perlu waktu dan aku akan melakukannya dengan penuh kesabaran... juga pengorbanan… aku harap kamu mengerti..”

~ +EgUH ~



Mendakap rindu yang kian jauh

Kasih bagai semakin rapuh

Berharap cinta ini tetap ampuh

Biar hati jadi luluh

Hanya kepadamu kuserah cinta seluruh

Thursday, January 28, 2010

~ +!nGGaL ~

aku penat..
merungkai tatabahasa..
menterjemah kata..
"tinggal"

aku tak berdoa
aku tak berharap
aku tak paksa
aku tak sumpah seranah
aku tak benci
aku tak marah
aku tak menjauh
aku tak hilang

dan..
bagi semua itu..
bagi huraian kata itu..
makna yg tesirat..
aku simpulkan..
jawabnya tak!

diri ku terdera..
dek kerana situasi yang memaksa..
aku tak punya kata..
aku tak ada rasa..
sakit yang tiada penghujungnya..
entah..

aku berfikir..
kau juga harus mentafsir..
selami dan fahamilah..
sungguh aku butuh kamu..
sungguh aku sayang kamu..
tinggal aku tinggal mati..
zahir hilang dihati abadi..

Wednesday, January 27, 2010

~ kEh!LaNgAN ~

Khalil Gibran menulis...

~ Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, di manakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan bisa memperolehinya kembali?

aku pula yang menulis...

Setiap daripada kita pasti tak akan dapat lari dari kehilangan, baik yang sementara mahupun yang selama-lamanya. Kehilangan itu terlalu luas untuk didifinasikan, dan tiap orang mempunyai skop berbeza dalam mengertikan kehilangan. Juga tiap orang berlainan cara dalam menghadapi kehilangan-kehilangan itu.

~ Aku kehilangan kali kedua yang sendiri aku cari dan aku sendiri terpaksa lepaskan.. ianya adalah kehilangan yang paling berharga dalam hidup dan jiwa aku dan kehilangan itu tidak dapat akan aku cari ganti sampai bila-bila sepanjang hayat aku... ~

~ Aku biarkan kehilangan ini berlalu dan akhirnya aku redha bahawa hakikat aku tak akan mampu untuk memiliki segala yang aku inginkan. Benarlah... Tuhan mungkin hanya mahu memberi apa yang aku perlukan, bukan yang aku inginkan. ~

Maafkan aku kerana terpaksa kehilangan kamu buat selamanya dalam hidup aku......

- cEr!+a c!N+A -

Walaupun dalam urusan cinta,
kita sangat jarang menang.
Tetapi ketika cinta itu tulus...
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
sebenarnya kamu menang kerana kamu dapat
berbahagia sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
lebih daripada kamu mencintai diri kamu sendiri...

Friday, January 22, 2010

- HaraP.....????? -

ketika salam terakhir ingin diucap

ada sejuta satu rasa meresap

ini bukanlah kalimah nan berat

jua bukan beban nan sarat

namun tentang rasa yang tak terungkap

kerana ketidak-sempurnaan ini telah lengkap

maka, apa lagi yang kita harap?

Thursday, January 21, 2010

-..........-

pecah!..
pecah aku lontari..
berderai..
berderai aku amati..
amarah!
amarah aku genggami..
laung!..
laungan!..
jerit!..
jeritan!..
aku melaung..
aku menjerit..
tiba tiba... aku terdiam..
..... ??

- aKU MaMpU -

Suatu ketika..
Semasa hiba melanda jiwa..
Gundah gusar meraba minda..
Aku rebah tak terdaya..
Fikiran buntu mencari pintu..
Merangkak berdiri berlari terhenti..
Tiada nampak tiada jumpa..
Jeritan batin melolosi sepi..
Deraian airmata membasahi bumi..
Cuba berdiri rebah kembali..
Dalam rebah aku berdiam..
Dalam diam aku bicara..
Bicara ku halus bicara ku tulus..
Tiada soalan tiada jawapan..
Mencari kekuatan jua ketabahan..
Berkata aku pada diri..
Aku tidak perlu semua ini..
Aku punya keajaiban sendiri..
Aku mampu berdiri..
Aku mampu berlari..
Aku mampu mencari..
Aku jua mampu pergi..
Mengapa harus aku begini..
Dan jika kehadiran menjadi pemergian..
Jika pemergian menjadi kenangan..
Jika kenangan menjadi khayalan..
Aku redha aku pasti..
Kerana aku punya keajaiban..
Dan keajaiban ku bukan rekaan..
Ianya adalah anugerah tuhan..
Dan itu..
Adalah segalanya yang menjadikan aku..
Mampu......