1. Kekuatan berfikir cinta bermula dari fikiran.Berfikiran tentang pasangan idea yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, dimana kamu akhirnya akan bertemu dengan orang yang tepat tersebut.2. Kekuatan untuk menghormati. Kamu tak boleh mencintai seseorang atau siapa jika kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri. "Apa yang boleh aku hormati dalam diriku?" Untuk dihormati oleh orang lain, bahkan daripada orang yang kamu tak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri, "Apa yang boleh aku hormati dalam diri mereka?"
3. Kekuatan Untuk memberi.
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus boleh memberikanya terlebih dahulu. Makin banyak cinta yang kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada diri kamu sendiri.Belajarlah untuk melakukan pelbagai kebaikan. Formula rahsia untuk mencipta hubungan yang gembira, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir, " Apa yang boleh aku beri" dan bukan "Apa yang boleh aku dapat."
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu masti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi sama-sama melihat ke arah satu tujuan. Untuk mencinta seseoranng seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta boleh tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke satu hubungan, kamu harus mencipta persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan satu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.
6. Kekuatan Untuk melepaskan. "Jika kamu mencintai seseorang, bebaskan lah dia. Jika dia kembali kepada kamu, maka dia adalah milik kamu. Jika tidak maka dia tidak akan pernah jadi milik kamu!"
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlu ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama-tama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan boleh mempengaruhiku - hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku."
7. Kekuatan dalam komunikasi.
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup akan berubah. Mencinta seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan berasa takut untuk mengucapkan tiga perkatan keramat. "Aku Cinta Padamu!" Jangan sesekali melewatkan kesempatan untuk mengucapkan ungkapan itu kepadanya. Biasanya meninggalkan orang yang kamu cinta dengan kata-kata mesra, kerana boleh jadi hari itu hari terakhir kamu dapat melihatnya. Jika kamu akan mati tapi dapat kesempatan untuk menelefon ke orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan..... dan sekarang.... kenapa kamu menunggu..??
8. Kekuatan dari komitmen.
Jika kamu ingin mendapatkan cinta berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakan kamu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu idamkan hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membebankan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan ghairah, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup
Ghairah yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang ada dalam dan rasa saling tertarik. Ghairah boleh diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Sesuatu yang spontan dan kejutan boleh menimbulkan ghairah. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama; yang harus kita laukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh ghairah.
10. Kekuatan dari rasa percaya
Kepercayaan sering menjadi komponen penting dalam satu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang boleh menjadi curiga, cemas serta takut dan orang lain akan berasa terperangkap dan secara emotional menjadi tertekan. Kamu tak boleh mencintai seseorang dengan mendalam sehingga kamu mempercayai secara mendalam juga. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyalah pada dirimu sendiri, "Apakah aku benar-benar mempercayainya dengan sepenuh hati?" JIka jawapannya adalah tidak, maka kamu harus berfikir dengan hati-hati sebelum membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.