Wednesday, September 10, 2008

c!N+A


Cinta ibarat kupu-kupu.

Makin kau kejar, makin ia menghindar.

Tetapi, apabila kau biarkan ia terbang,

ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,

tapi cinta itu hanya istimewa

apabila kau berikan kepada seseorang yang layak menerimanya.

cAr! !lHaM

masa n tension giler tp masih bleh senyum....mau x nya.. keje bertimbun2 xabis2... tgk la bilik pun selerak xsmpt nk kemas tunggu indon cuci opis la jwpnya...tp apapun masih sempat snap lg..relax kejap...

dah la pose....nasib bos ada jer time ni kalo x dh lama aku tido jer atas table 2..

ni tgh blur smbil cri idea.. nak kena siap kan paperwork...huhuhuhu.. tolooooooooong.... sebenarnya tgh ngantuk ni tp nk cover line lakonon wt2 la tgh cari ilham.... las2 sekali cari ilham trus terlentok..hehehehe... nasib bos xmsuk bilik...hehehehehe

sBLm +iDo


Saturday, September 6, 2008

bUkAn M!L!K kAmU

KALAU tak pernah kecewa, sebenarnya kamu belum benar-benar mempelajari tentang cinta! Bukanlah maksudnya kamu harus kecewa atau membiarkan diri dikecewakan hanya semata-mata mahu mendalami tentang cinta ini. Biar saja... biarkan proses kematangan cinta ini berjalan secara alami.
Cinta itu harus memberi dan menerima - kerana cinta adalah sebuah keseimbangan kehidupan. Makhluk yang tak ada perasaan kecintaan, pastinya belum memiliki sebahagian daripada keseimbangan kehidupan itu.

Namun harus diingat bahawa cinta tak mesti memiliki. Orang yang kamu cintai belum tentu akan jadi milik kamu. Malah, sebenarnya BUKAN MILIK KAMU!

Cinta diibaratkan sebagai makhluk yang memiliki dua wajah, atau memiliki dua sifat berlainan. Kenapa? Kerana, cinta juga akan melahirkan dua rasa - yakni; kebahagiaan dan kesengsaraan! Kamu mungkin saja merasa bahagia saat 'menemukan' cinta tersebut.

Kemudian, terus bahagia saat melayari cinta bersama si dia. Atau, mungkin pelayaran cinta kamu bersamanya dipukul gelora sebelum tiba ke pelabuhan cinta. Atau, kamu merasa begitu sengsara tatkala ingin mendapatkan cinta tersebut.

Dan kesengsaraan terus berlarutan di mana kemudiannya kamu bahagia juga tatkala cinta yang kamu kejar selama ini kemas dalam dakapan.

Pelajarannya; cinta memang banyak memberi pelajaran kepada manusia, tapi mungkin kamu saja yang TAK PERNAH MAHU BELAJAR DARIPADANYA!

aPa !+U c!N+A

SUDAH banyak kali didengar bahawa; mencintai bukan bermakna memiliki. Bermakna, kamu kena sentiasa ingat bahawa pasangan kekasih bukanlah milik mutlak kamu. Masing-masing ada hak kebebasan sendiri.

Cinta itu juga; memberi dan menerima. Kamu kena pasti bahawa apabila kamu mencintai seseorang, kamu harus memberi kebahagiaan kepadanya. Dan, apabila kamu dicintai, kamu harus bersedia untuk menerima apa yang sang kekasih kamu berikan. Kemudian, kamu harus juga menerima apa yang ada dan apa yang tiada padanya.

Cinta tak ada syarat! Kamu sebenarnya boleh menerima cinta sesiapa sahaja dan kamu juga boleh mencintai sesiapa sahaja. Tetapi, kamu harus tahu hakikat dan fitrah cinta. Yakni, cinta tak mesti bersatu. Kamu boleh menerima cinta sesiapa sahaja; tetapi kamu harus sedar bahawa mungkin dia bukan jodoh kamu. Begitu juga kamu boleh mencintai sesiapa sahaja, tetapi kalau si dia bukan jodoh kamu, cinta itu tak akan bersatu.

Cinta boleh disemai. Tak semestinya kamu akan bersatu hanya dengan orang yang kamu cintai setengah gila! Ingat... kita manusia hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan. Andai, datang seseorang yang tidak kamu kenali namun dapat dipastikan dari perbadi dan penampilannya baik luar dalam, lalu menyatakan hasrat kepada kamu. Jangan terburu-buru menolak. Berilah masa kepada diri sendiri. Kamu boleh belajar untuk mencintainya kemudian. Kebahagiaan yang dia berikan mungkin menjadi baja kepada benih cinta yang kamu semai.

Dan, pastikanlah untuk memilih orang yang mencintai kamu berbanding orang yang kamu cintai. Memang, kalau dua-dua cinta bagaimana pula cara mahu menentukan cinta siapa yang lebih tinggi. Tak ada pengukur untuk ini dalam masa yang singkat. Cinta yang kemudian diikuti dengan kebersamaan akan menentukan sejauh dan sedalam mana cinta dia kepada kamu, dan cinta kamu kepadanya.

Seperkara yang sering kamu tak ingin fikirkan - cinta yang kamu bina mungkin putus di tengah jalan! Tapi, fikirkanlah kemungkinan buruk ini agar kamu lebih bersedia untuk menghadapi putus cinta, andai ia berlaku.

aDakAH !+U c!N+A


Ketika kamu menemukan seseorang yang sangat istimewa di hati kamu, kamu akan merasa itu adalah jodoh kamu. Tambahan semua yang dia lakukan sangat menyenangkan hati kamu. Kamu pasti juga akan merasakan bahawa dia adalah anugerah Tuhan.

Namun ketika kamu berselisih pendapat atau bertengkar, kamu akan bertanya kembali apakah dia benar-benar diciptakan untuk kamu? Sesungguhnya, ketahuilah bahwa Tuhan sedang menguji kamu. Menguji kesetiaan kamu dalam proses untuk menyatukan dua jiwa yang berbeza.

Perasaan senang dan gembira ketika kamu bertemu dengannya, atau menerima sms darinya, dan menjawab panggilan darinya, kamu sudah membuktikan bahawa kamu sangat mencintai dan menyayanginya!

Memang benar, cinta kadang-kadang memberikan suatu kekuatan. Namun lebih banyak memberikan kepedihan yang amat sulit untuk kamu lupakan. Jadi jangan menangis kerana cinta. Sesungguhnya cinta tidak akan pernah kamu bawa untuk mati!

Cinta itu harus didasari oleh perasaan yang tulus dan tanpa syarat. Cinta tak boleh dipaksakan kerana cinta yang tidak tulus pasti akan hanya membuat derita di hati. Jangan pernah membohongi diri kamu sendiri jika kamu memang tidak suka dan jangan paksa untuk meneruskannya. Lakukanlah sesuai dengan keinginan hati kamu kerana itu pastilah yang terbaik buat kamu. Jangan pernah mendustai hati kamu sendiri.

Cinta adalah cahaya ghaib yang bersinar dari kedalaman kehidupan yang peka dan mencerahkan segala yang ada di sekitarnya. Kehidupan adalah bagai sebuah mimpi indah yang diangkat dari kesedaran dan kesabaran.

yAnG aMa+ mENc!n+A! mU



Seseorang yang mencintai kamu, tidak mampu memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya, kamulah satu-satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuat kamu marah, gila, sedih atau stress. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas diri kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapan kamu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, di mana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.

Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahu kamu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.

Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak mampu mengingat kejadian, kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahun kamu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata ‘aku mencintaimu’ dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia bersedia mencintai kmu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia benar-benar mencintai dirimu.

Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan merasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia dan tersenyum.

Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke lapangan terbang untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa seikat mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, dia akan membawakan beg kamu dan bertanyakan, ‘mengapa kamu menjadi lebih kurus dalam masa dua hari?’ dengan hatinya yang tulus.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefon ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan, mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata, ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.

Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pandangan dari kamu. Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘I LOVE U’ ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintai kamu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan terus menerus meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepada kamu - Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.

(Percayakah kamu, bahawa orang yang mencintai kamu akan melakukan perkara seperti di atas?)

kEhAd!RaN

SEORANG lelaki mengambil keputusan untuk berhijrah dari kampung kelahirannya untuk mencari kehidupan lebih baik di ibu kota. Dan, sekali gus dia akan meninggalkan gadis kekasih hatinya kesedihan.

“Aku akan menulis surat untukmu setiap hari,” kata si jejaka memujuk si jantung hatinya. Selama bertahun-tahun dia berada di rantauan, dia memang menulis surat untuk kekasihnya. Kehidupannya juga semakin baik dan dia tidak bercadang untuk pulang dalam waktu terdekat.

Suatu hari, dia menerima kad undangan perkahwinan. Ternyata di dalam kad undangan itu tertera nama kekasihnya. Kekasihnya akan bernikah dengan lelaki lain! Jarak pemisah telah membuat hati berubah. Mungkin ada benarnya ungkapan, 'Jauh di mata jauh pula di hati'. Dengan siapakah kekasihnya itu akan bernikah? Ternyata lelaki pilihan dan yang berjaya merebut takhta di hati kekasihnya itu adalah POSMEN yang setiap hari mengantar surat yang dianya.

Lelaki malang itu merenung dan termenung, “Apa salahku, di mana silapku? Aku mengiriminya surat-surat, coklat, hadiah, dan bahkan bunga-bunga...”

Ketika berlaku masalah dalam sesuatu hubungan, senarai barang-barang yang telah diberikan atau hal-hal yang telah dilakukan untuk seseorang, akan muncul satu persatu untuk difikirkan. Kamu akan berkata, “Aku telah memberimu itu dan ini… Aku telah melakukan semuanya demi kamu.” Hakikatnya di sini, cinta dapat dibuktikan secara mudah hanya dengan pemberian hadiah-hadiah, atau malah perbuatan baik sekalipun.

Sebenarnya, walaupun hadiah-hadiah itu tetap penting, namun cinta memerlukan hal yang lebih 'dalam' daripada pemberian material, iaitu KEHADIRAN! Kehadiran kekasih, kehadiran orang yang dicintai.

Fitrah manusia, lebih memerlukan kehadiran dan perhatian seseorang terhadapnya. Cinta adalah sebuah komitmen terhadap seseorang. Kamu memang mempunyai komitmen terhadap lain-lain hal seperti pekerjaan, tetapi hal itu tidak dapat mencintai kamu. Hanya orang lain yang dapat membalas cinta kamu! Untuk itu, komitmen tertinggi sebagai manusia adalah memberikan waktu kepada orang yang kita cintai. Manusia memerlukan kasih sayang dan makanan, manakala hadiah-hadiah berupa material hanya membantu untuk mengembangkan cinta dalam kadar terbatas. Kehadiran hadiah dan material tidak dapat menggantikan kehadiran si empunya diri, yang merupakan hadiah terbesar dan terindah!

( 'Kehadiran' itu perlu dalam dua situasi; pertama hadir dalam bentuk wujud di depan mata - di mana kamu boleh menatapnya dan terlerailah rindu. Kedua yang sentiasa 'HADIR' dan 'ADA' di dalam hati kamu, bila-bila masa, di mana jua - dekat di hati... )

c!N+A

Jika ia adalah cinta, ia tidak mendengar…
Namun sentiasa bergetar!

Jika ia adalah cinta, ia tidak buta...
Namun sentiasa melihat dan merasa!

Jika ia adalah cinta, ia tidak menyeksa...
Namun sentiasa menguji!

Jika ia adalah cinta, ia tidak memaksa...
sentiasa berusaha!

Jika ia adalah cinta, ia tidak cantik...
Namun sentiasa menarik!

Jika ia adalah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata...
Namun sentiasa menghampiri dengan hati!

Jika ia adalah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata...
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hanya berjanji...
Namun sentiasa cuba memenuhi!

Jika ia adalah cinta, ia mungkin tidak suci...
Namun sentiasa harmoni!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan...
Namun hadir kerana ketentuan!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan!

[ Masihkah kamu mengharapkan cinta seseorang yang tak pernah cuba dibuktikannya? Apakah itu yang kamu katakan sebagai sebuah penantian atau kesetiaan, atau ia sekadar sebuah kesia-siaan? Tak ada definisi tentang bagaimana cinta itu, tetapi sebahagian dari cinta itu adalah memberi dan menerima. Tanyakan kepada diri kamu; andai kamu sudah memberi, sudahkah kamu menerima? ]

Thursday, September 4, 2008

rEnUnG-ReNunGkAn

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas....

C!n+A x kEsAMpAiAn

Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje.

Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu macam nama gangster tapi apa nak buat dah memang nama aku gitu,bersyukur ajelah..

Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra.

Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.

Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.

Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar,..ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan.Wallahualam. .

Sekarang aku sudah remaja he..he..Seronoknya! !Seronoknya! ! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..

Nurlida namanya... orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh...kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya.. itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang..

Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

hai sedihnya.............

Semalam,ahahh. .semalam merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!!

Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..

Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur.

Memang sukar aku nak terima kenyataan ini.. Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra.

Aku cemburu..cemburu! ! Aku mesti lari dari sini. Ya,itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!!

Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL. .aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana .

Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi

..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf.. Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii... ..

cuma seekor kambing,?

So what?? Kambing tak buleh bercinta ke ha?????

bADaK & MoNyE+

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson.

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe...
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei,.

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu,.

"Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya..

"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

kiSaH 3 PoN+iANaK

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek

"Iya, nampak", yang dua ngangguk juga.

"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat.

Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

f!k!RkAn LaH

".. .. jangan terlalu memikirkan tentang orang yang layak dan berhak untuk mencintai sebaliknya fikirkanlah untuk menjadi orang yang layak dan berhak untuk dicintai .. .."








Tuesday, September 2, 2008

MaLaM MerDeKa

malam merdeka yang lps aku kuar ingat nak g tgk bunga api la kan...aku kuar ngan kawan2 dalam 20 orang jgk la 5 biji kete...kami pun kuar awl la takut jem kat jambatan penang..tambah pulak malam minggu kalo g lambat pakat xleh masuk la penang..kena la tggu 3 4 jam baru lepas tol jambatan baru..xmsk penang lagi.....ingatkan cam 2 la kan... tp nak jadikan cerita...yang kami ingat2 memang jem la...kuar la awal tp smp jer kat jambtan lenggang kete xda langsung bkan xda langsung kira xjem langsung la msuk penang pun senang la mcm hari besa... terkejut jgk aku... xpala ingat awal lagi.. pergi la ronda kat Queensbay tgk suasana..smp c2 jem jgk sbb jln 2tup nak wat perarakan merdeka keesokan arinya... smp tpi pantai besa la orang2 lepak mcm mlm minggu... ronda2 ronda kat c2 tgk jam dh nk dekat countdown...xpa la kami pun cergas g gurney...

Masa otw nak g gurney lalu depan padang kota lama.. tgk ramai jgk orang kat c2 lepak...kami pun trus g gurney lepak.. tepat jer jam 12 kami punya xcited nk ygk bunga api ni tp hampeh........mnyakitkan hati.. bkn xda langsung ada tp kejap sgat xsmp 1minit..angin jer..dah la 2 xrasa meriah langsung tahun ni merdeka...sllnya bln ogos bendera mesti penuh kete xpun tpi jln tp x ni xda langsung...suram jer...mungkin sbb pilihanraya kot..tah..no komen..

Lps jer countdown trus kami g cari makn dan lepak batu feringghi...smp ke pagi... itula xtvt malam merdeka yang memboringkan tahun ni...

Semangat merdeka 2 xda langsung dirasai pada tahun ni....sungguh kecewa dan terkilan...

sHoPpiNg kAiN LaNgSiR

Seminggu lagi nak posa mama dh pun g cari kain langsir... yela takut kalut dan xsmpt jer..kami 1 family keje bila masa nak kuar beli kan...kebetulan budak2 cuti sek. apalagi kami pun amik kesempatan lah kuar shopping kain langsir..masa nak pilih langsir 2 pening giler semua lawa2 nak angkut jer semua tp nak sumbat manakan las sekali mama yg pilih...sambil mama dok pilih langsir 2 ini la hasil yang sempat aku klik..layan jer pic kat bawah...



ini cina kedai kain 2.. dia pun pening layan kerenah kami...tp dia sporty, relaks jer layan kerenah customer yang gila cam kami ni... cina ni terkejut masa kami tgh twar-menawar pasal harga kami terkuar ckap cina nasib la cina ni xde heart attack...dia jd benggong kejap..pas 2 dia pun sma naik rancak menyembang ngan kami.. kedai kain 2 riuh dgr sora kami jer...


ini lah hery (boy angah) dok layan adik kecik aku diana... adik aku ni byak songeh dan tanya.. kadang2 rimas aku...tp xda dia boring giler...

UdaNg GaLaH

aku g umah member papa aku saja melawat tempat.. lagipun c2 ada kempen Pemilihanraya Kawasan Permatang Pauh...saja nak tgk perang bendera...jd semak aku tgk tp bes menceriakan keadaan dan suasana jalan raya..

di c2 jgk lah umah uncle mi member papa aku..umah dia pun penuh ngan bendera besa la orang kuat.............. depan penuh bendera blakang umah plak penuh ngan udang galah..


giler aku tgk mcm nak tangkap picit2 xpun tangkap msuk kuali jer... sblum ni ada yang lg besar tp ada orang curi byk ekor jgk la.. yang tinggal ini saja..korang bayangkan udang2 galah ni semuanya ada 7 kolam setiap kolam ada dalam 7-10 ekor (itu agak2 aku jer )..korang tgk la pic. kat bawah...





p/s : ini semua hasil tangkapan mancing papa aku dan uncle mi.. diorang mancing kat Sg. Kerian...