Tuesday, January 20, 2009

TeLaH kU kaTaKan...

Telah ku katakan....
antara kita
ada satu batasan keimanan yg begitu
tipis

Yang begitu mudah dicabar dan mencabar

Telah ku katakan...

Antara kita pasti tercipta satu ruang
Ruang untuk kau dan aku sama-sama
mencari makna hidup

Hidup yang kadang-kadang begitu kejam
menikam kita

Telah ku katakan...

Anatra kita pastikan saling merasa
Sakit kau..

Sakitlah aku!
Dendam kau!

Menjadi tembok amarah ku jua!


Telah kukatakan....

Antara kita pasti akan ada satu ruang waktu

Yang memisahkan antara kau dan aku

Dan mampukah kau menunggu aku diantara
peralihan itu

Kerana aku tahu aku sentiasa menjadi milikmu

Selamanya....


Telah sering ku katakan...
Antara kita ada satu ikatan
Yang hanya kita sahaja yang faham...

No comments: