Friday, August 1, 2008

Jadilah Teman Baik Pada Pasangan....

Mengapa ada pasangan suami isteri boleh bertahan untuk melalui saat senang dan susah bersama sedangkan yg lainnya kecundang? Rahsianya cuma satu, iaitu pasangan ini menjadi teman baik kpd pasangannya pada setiap masa.

Namun begitu ramai pasangan suami atau isteri yg tidak tahu untuk menjadi teman baik kpd pasangan mereka. Caranya cukup mudah, baca dan praktikkan article dibawah ini. Moga rumahtangga yg tangga yg sedia terbina dan yg akan dibina akan dapat memperkecilkan kecenderungan utk berlakunya kecurangan.

Binalah kebahgian dari kehancuran semalam...
  1. Saling menceritakan perkara lucu atau humor dan membuat pasangan anda tertawa senang hati. Tidak ada yg dapat menghilangkan ketegangan selain dari humor. Mengingat kembali cerita-cerita lucu masa lalu juga membuat anda lebih dekat dan disukai. Bagi anda yg tidak mempunyai sense of humor yg tinggi, tidak mengapa, berlatihlah... Carilah jenaka dalam buku atau internet dan praktikkan pada pasangan anda tapi jgnlah terlalu serius.
  2. Bantu mengurangkan tekanan dan masalah pasangan dan anda sendiri. Saling memicit bahu, kepala dan mengusap belakangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan stres yg dihadapi. Anda juga boleh mengajak pasangan anda menceritakan masalah yg dihadapi utk dikongsi bersama. Cara ini adakalanya sudah cukup utk meredakan pasangan.
  3. Bersenam bersama. Amalkan berjongging atau sekadar berjalan bersama-sama. Sambil berjalan anda boleh bercerita dgn pasangan anda. Selain dari menyihatkan badan ia juga merapatkan hubungan anda berdua.
  4. Belajar lebih banyak utk mengetahui hasrat pasangan. Jgn salah mengintepretasikan perkara di atas tersebut sebagai hasrat seksual semata-mata. Byk lagi hasrat lain pasangan yg mungkin tidak kesampaian. Lebih memahami hasrat pasangan anda dapat membolehkan anda lebih memahami akan dirinya.
  5. Semua orang ingin berkongsi minat mereka dgn orang yg disayangi. Oleh itu lakukanlah apa yg anda dan pasangan anda sukai bersama.
  6. Berbicara dan mengeksplorasi... Jangan takut pada kesunyian di antara anda berdua, sebaliknya siapkan diri utk berbicara mengenai topik yg luas secara umum. Di manapun anda tinggal, ikutilah perkembangan terbaru. Bersembanglah sebagaimana anda bersembang dgn sahabat baik anda. Semoga Berbahgia...

No comments: