Thursday, January 21, 2010

- aKU MaMpU -

Suatu ketika..
Semasa hiba melanda jiwa..
Gundah gusar meraba minda..
Aku rebah tak terdaya..
Fikiran buntu mencari pintu..
Merangkak berdiri berlari terhenti..
Tiada nampak tiada jumpa..
Jeritan batin melolosi sepi..
Deraian airmata membasahi bumi..
Cuba berdiri rebah kembali..
Dalam rebah aku berdiam..
Dalam diam aku bicara..
Bicara ku halus bicara ku tulus..
Tiada soalan tiada jawapan..
Mencari kekuatan jua ketabahan..
Berkata aku pada diri..
Aku tidak perlu semua ini..
Aku punya keajaiban sendiri..
Aku mampu berdiri..
Aku mampu berlari..
Aku mampu mencari..
Aku jua mampu pergi..
Mengapa harus aku begini..
Dan jika kehadiran menjadi pemergian..
Jika pemergian menjadi kenangan..
Jika kenangan menjadi khayalan..
Aku redha aku pasti..
Kerana aku punya keajaiban..
Dan keajaiban ku bukan rekaan..
Ianya adalah anugerah tuhan..
Dan itu..
Adalah segalanya yang menjadikan aku..
Mampu......

1 comment:

Anonymous said...

abg percaya amy mampu... abg hanya memerhati dan menjadi pemerhati yang baik dan setia... hanya hadirkan diri bila keadaan memaksa abg memcampurinya.... bukan menidakkan keupayaan amy... hanya sebagai pemudah cara keputusan yang patut diambil....